Tuesday, November 30, 2010

BARU LAH CONCERT NAMANYE….











Huhh..lega..concert & graduation tadika dah selesai.Tambah lega bila semua yang dirancang,menjadi…sikit2 problem tu biasalaa..

Bukan senang nak buat concert bebudak ni.Tambah susah kalau tak dapat kerjasama dari ibu-bapa.Maklumla,the last week of practicing tu, Sekolah Kebangsaan dah mula bercuti.Bebudak terpaksalah juga datang ke tadika untuk final practice of the concert.

Full dress rehearsal at the actual place where the concert will take place is very important.When they practice at tadika,they cannot visualize where would be the stage,the stairs etc2.Masa rehearsal lah kita boleh buat postmortem yang mana2 patut dan tak patut dibuat.Yang mana2 menyenangkan dan sebaliknya.

Bila dah sedia serba-serbi,barulah concertnya menyeronokkan.Bebudak happy..teacher2 happy…ibu-bapa happy…barulah concert namanye…Bila turn 5 years old kids perform,6 years old turut nyanyi kat bawah pentas,bila 6 years old on stage,murid2 lain turut terhibur.Pendek kata,taklah mereka ‘torture’ menunggu giliran kat bilik persalinan.

Tahun ni temanya padang pasir,nak sesuaikan dengan lagu2 Maher Zain.Tahun ni jugak ticer J lukis backdrop sendiri…tengokla tu..orait tak?Tahun ni jugak la semua anak2 ticer j participate.Ade yang jadi mc,ade yang nyanyi…ade yang berguitar….suami tercinta pun sporting gak…siap main piano utk lagu Hey Jude.Fuhh…best…betul2 concert ni…HAA! SYOK SENDIRI???AAAHHH….tadika kita punya…KO ADE????

Monday, October 11, 2010

MACAM-MACAM ADAAA…..















Huh! Dah lamanya tak berblogging.Macam2 berlaku dan macam2 nak cerita…nak start yang mana satu eh!Bulan puasa aktiviti macam biasa…kita buat topi jalur gemilang,kita lukis dan colour bendera Malaysia,teacher j explain warna dan jalur2 kat bendera dlm bahasa yg paling sempoi…yg penting bila quiz bebudak tu tau apa itu hari merdeka….mereka tau nak jawab..mereka tau nak nyanyi…hafal word by word..kalau kita ikhlas mengajar..budak2 cepat dapat..sebab kita akan sekreatif yang boleh memudahkan cara nak ajar dan menyenangkan anak2 nak belajar.

Oh! Ya! Kitaorang sempat gak buat kad hari raya…ye lah dalam zaman siber ni kita mana main kad2 ni.Tapi teacher j percaya macamana canggih sekali technology sekarang ni,cara zaman kita dulu masih ada relevannya….masih mengundang nostalgia…Mana thrill dapat ucapan dr sms ke atau saat menunggu posmen menghantar kad raya dari sidia?

This year we made hari raya card from the dates’ seeds…dari biji kurma le..Mula2 cerita kat bebudak khasiat kurma.Selain kurma ,kismis daging dan susu kambing menjadi makanan kegemaran nabi Muhammads s.a.w…sebab itulah nabi kita bijak dan pandai.Memang kita kena galakkan sesangat anak2 ni mengamalkan makanan sunnah ni…kurma bukan saja perlu dimakan dalam bulan ramadhan tapi sepanjang masa.Teacher j ni tak berkesempatan pergi tadika masa kecil dulu..tak da sesiapa pun gitau khasiat kurma ni…jadi dah tua2 ni susah jugak nak telan…susu kambing dan kismis…orait je..

Selalunya bila raya,kitaorang celebrate kat tadika je…tapi tahun ni they all demand nak raya umah teacher j jugak….oklah..pada pagi Jumaat yang indah itu anak2 tadikaku dengan pakaian raya masing2 beraya di rumah…mula2 behave la….bila dah kenyang…mereka jadila the real budak2…ada yang hanya sembang2,ada yang masih makan lagi,ada yg mundar mandir je..curious…ada gak yg over excited berlari sana –sini,terseradung kaki kawan..dua2 jatuh..dua2 nangis..macam-macam adaa….tapi teacher j pasti bebudak tu sangat happy….

Wednesday, September 22, 2010

MANY PEOPLE WITH DYSLEXIA ARE VERY BRIGHT

Dyslexic children are physically normal kids. It is just that they have problems in reading text. If your child has several signs of reading problems, or if you have a family history of dyslexia, you may want to have your child checked for the problem .Both parents and teachers must be cooperative to give information about a child’s progress to a doctor who will diagnose dyslexia. Your child will undergo a series of tests. Once confirmed, a lot can be done to help the child in his learning process.

If your child is having dyslexia , it does not mean his /her learning ability is below average. With accurate diagnosis and appropriate help, a dyslexic person can live a rewarding life and enjoy a successful career. Some dyslexics can be artistically gifted ; Tom Cruise, Cher, Picasso, Steven Spielberg…….Some rich and famous ; Richard Branson, Muhammad Ali, John F. Kennedy, Sir Winston Churchill…..and the father of telephone too, Alexander Graham Bell.

How about dyslexia person in Malaysia? Anybody that you know??

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA….MERDEKA….MERDEKA…MERDEKA!!!!







Today we celebrate hari merdeka at tadika.Last week we prepared merdeka caps and we have been practicing to sing these songs i.e Jalur Gemilang and Tanggal 31 since last two months (once aweek every Monday during assembly) Every year without fail we will do the same thing.It is important to instill the spirit of independence,the love for the country,sense of belonging and other positive values at an early age.Loook at the kids,very enthusiastic…how I wish everybody in this country feels the same way as the children..regardless of age.. regardless of religion and race.

Monday, August 16, 2010

MACAMANA YANG DIKATAKAN DYSLEXIA TU?

Anak anda mungkin menghadapi masalah dalam pembelajarannya( dyslexia)jika mempunyai satu atau lebih daripada simptom2 berikut:

1. Huruf atau perkataan akan DIBACA terbalik contohnya 'b' jadi 'd'....'was' jadi 'saw'.

2. Huruf atau perkataan akan DITULIS terbalik seperti contoh di atas.

3 .Perkataan akan menjadi terbalik semasa MENGEJAKANNYA di kertas seperti'pit' yang akan dieja 'tip'.

4. Kepayahan untuk mengulangi perkataan yang disebutkan kepada mereka.

5. Tulisan ..ya Rabbi..cakar ayam.

6.Lukisan...Subhanallah..teruk.

7.Sukar memahami arah dalam bentuk tulisan dan secara oral.Arahan perlu diulang berkali2 sebab anak2 ni mudah lupa...tak boleh juga beri arahan yg 'complex'...one at a time..if not they will get confused.

8.Masalah mengenalpasti arah kiri dan kanan termasuk mengangkat tangan kiri kanan(biasalah bebudak yg baru join tadika tak reti nak angkat tangan yg mana satu..especially kat umah tak ajar langsung...kalau 'bermasalah'..lamaaaaa baru kenal tangan kiri kanan...itupun setelah banyak kali practise dgn lagu,role play dan macm2lah)

9.Masalah memahami dan mengingati apa yg diperkatakan kpd mereka

10.Sukar memahami dan mengingati apa yang baru sahaja mereka baca.

NOTA:Translation dari english articles kat internet dgn contoh2 yg berlaku kat tadika saya.
Kalau nak tau detail type je DYSLEXIA...Mcm2 info ada...Inilah kecanggihan internet..
Seperti kata Datuk Seri Dr.Rais Yatim baru2 ni jalur lebar ni sebagai elemen yg mencerahkan tamadun bagi yang cerdik mengaplikasikannya.

Saturday, August 14, 2010

DYSLEXIA...APE TU???

Kalau kita buat early reading, yg bright ones memang tak de masalah..tapi yg punya DYSLEXIA...memang sangat bermasalah.First time dengar perkataan tu mcm terpinga2 gak la..Masa mengaja kat sebuah tadika..dah dengar , menyebutnye pun payah...maknenye lagi la tak tau. Tak sape yg reti nak explain until i discovered abt dyslexia from a few articles kat newspaper...mase tu abt 10 yrs ago internet tak masuk lagi kat umah ni.

Ooo...DI-SLEK-SIA.Kebanyakan guru tadika juga guru2 sekolah masih tak tau dyslexia ni . Kalau tanya ibu-bapa pun majoritinya masih tak tau even to pronounce it...mostly never heard abt it.

Satu hari tu berborak ngan jiran pasal anak2. Pas tu tercite anaknya yg masih tak tau membaca- udah nak masuk darjah dua. Anaknya 2 thn di tadika tapi tak banyak progress. Jiran i ni heran sesangat coz her first son 6 thn dah pandai baca. Dipendekkan crite , sijiran ni managed to get all the info abt dyslexia from the internet dan dapatlah anaknye berguru ngan cikgu yg familiar ngan masalah anaknye tu. "Kalaulah i tau awal pasal dyslexia ni..sure anak i tak lah ketinggalan sangat...yang frustnye cikgu tadika dia tak mention ape2 pun pasal dyslexia ni...i yg tergerak hati nak ambil tau... "jiran i tu terus-terusan merungut.

Dah almost 10 yrs bertadika rasanya i have encountered a few children with dyslexic problem. Dyslexia ni ialah masalah pembelajaran melibatkan kesukaran untuk membaca, menulis dan mengeja. Bukannya disebabkan oleh masalah penglihatan atau pendengaran, tetapi adalah kerana otak yg terlibat memproses imej, perkataan dan bunyi tidak dapat berfungsi sepenuhnya, sebaliknya bahagian tertentu otak itu menerima imej, huruf dan bunyi yang tidak jelas, bergerak2,tunggang- terbalik dan berkecamuk. Wah! Kesian betulkan...

Jika anak anda telah disahkan punya dyslexia, jangan lah bersedih sangat. Allah menduga kita dgn berbagai cara. Ada hikmat disebalik sesuatu kejadian. Redha lah..Insyallah banyak ilmu yag akan ditemui...Sebenarnya yg bermasaalah dyslexia pun ramai yg telah berjaya dalam career masing2...nanti saya akan citekan...

Thursday, July 22, 2010

LEBIH BANYAK SEL OTAK BERHUBUNG LEBIH CEPAT PROSES PEMBELAJARAN BERLAKU


Bila tengok susu Anmum, ingat tak Wardina dan anaknya yang cerdik kat iklan TV tu? Selain drp khasiat Anmum, kita patut tau camana sel otak berhubung melalui proses pembelajaran. Gangliosida yang ada kat Anmum Essential memang boleh membantu mempercepatkan proses belajar tapi kalau anak2 tu minum berkoyan2 Anmum pun kalau kita tak membantu mereka dlm proses pembelajarannya..tak de maknenye..

Manusia tak dilahirkan terus pandai..anak2 yg agak bright, kalau tak dipantau, tak nak belajar..akan kecundang jugak..Genius is not born..it's made ( saya ada sorang kawan yg sgt genius...bile gi kat umah dia..hulamak!!! banyaknye buku...kalau tak belajar boleh ke jadi cam tu?)

Proses pembelajaran merangkumi pendengaran, pemerhatian dan pengamatan, pembacaan, pengalaman, eksperimen, kajian, pengalaman orang lain dsbnya..

TEACHER J says," teringat masa ajar buat egg sandwich kat bebudak tadika ( selepas ajar topik makanan dan khasiatnya). Sedap tak sandwich tu Aiman? Sedap sesangat teacher..nanti nak buat lagi kat umah laa..( tak tau emaknya bagi ke tak..)

AYAH used to say," if i continually give you fish, you won't learn my son..nah! take this fishing rod, we go fishing at Tasik Kenyir next week...barulah thrill nak makan ikan nanti".

Oklah..kita lihat gambarajah di atas pulak yang menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak saraf anak kita. Dari ilmu kajian sains, setiap satu sel neuron mampu membina cabang2 dendrit bercambah menghasilkan rangkaian2 yg menyimpan dan menyusun maklumat. Melalui rangkaian2 ini otak saraf berfungsi membina dan menyusun ilmu, pengalaman dan berbagai kemampuan yg memberi manusia berbagai sifat serta kebolehan untuk hidup sempurna. Lebih awal proses ini berlaku, lebih sempurna dan kukuh ilmu, pengalaman dan kebolehan itu.

Pembangunan/pembinaaan otak saraf yang bertahap2 itu memberi peluang/ruang untuk kita membantu proses pembelajaran anak2 secara bertahap juga. Proses pembesaran yang berlaku sedikit-dikit, berturutan dan kumulatif akan memberi anak peluang untuk dididik secara sedikit-sedikit, berturutan dan kumulatif juga.

Lebih banyak sel otak berhubungan lebih cepat proses pembelajaran berlaku..rebutlah peluang bermain, bermesra, belajar bersama anak2 ini...alangkah beruntungnya ibubapa yang punya ilmu mengenai perkembangan awal anak2 ini.

Friday, July 9, 2010

YOU CAN TEACH YOUR BABY TO READ....DR. GLENN DOMAN

Saya diperkenalkan dengan kad imbasan ( flash card) RWB oleh seorang doktor pakar kanak2 di Hospital Tawakal semasa melahirkan Adam ( sekarang Adam berumur 8 tahun). RWB tu Red, White and Black. Bayi akan cepat terangsang dengan warna2 merah, putih dan hitam ni. Dan warna2 ni lah yang perlu digunakan untuk membuat kad imbasan cara Glenn Doman untuk mengajar membaca seawal bayi kecil berumur tiga bulan lagi.

Sebelum tu nak terangkan serba –sedikit mengenai kaedah Glenn Doman. Dr. Glenn Doman adalah seorang pakar yang mengenali potensi otak manusia sedari bayi kecil hingga usia enam tahun yang berkemampuan berkembang pesat dan dapat menerima segala macam bentuk input ( apa yang dia nampak dan apa yang kita ajar)

Dipendekkan cerita:

1. Kanak2 boleh bercakap dahulu kerana mereka lebih banyak menerima rangsangan mendengar percakapan .

2. Sekiranya kanak2 ini dirangsangkan dengan kaedah membaca sama dengan pendedahan untuk bercakap, potensi mereka membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

3.Pakar2 Sains Neurologi ( ilmu tentang otak-saraf ) telah lama menemui tahap2 pembangunan manusia dari bayi kecil hingga usianya enam tahun. Otak- saraf terbina pada tahap 95% semasa usia enam tahun. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini (bayi kecil sehingga umurnya 6 tahun) dan berkurangan pada peringkat seterusnya.

4. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang di dapatinya semasa kecil. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil agak sukar diperolehi apabila besar kelak.

NOTA: Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai sistem otak-saraf kanak2 dan tahap pembinaan/pembangunannya di lain artikel.

Sekarang ni saya nak cite sikit camna nak buat `flash card’ sendiri ala Glenn Doman. Mudah aje..takyah keluar banyak belanja dan yang penting ianya akan mencungkil bakat yang lama terpendam...Kebanyakan dari kita memang berbakat jadi cikgu..jadilah cikgu untuk anak2 kite sendiri..gerenti yang terbaikkk...

Kena kreatif sikit...takkan asyik nak beliii aje. Cam beli biskut raya yang tunjuk2 tuu ..( nak tak resipi biskut `snowrock’? Senang je buatnye..sedap dan berkhasiat..anak2 saya sangat sukakannya)

KAD IMBASAN CAM SI GLENN DOMAN TU:

1. Sediakan kad putih segiempat tepat dari kad manila yang keras .

2. Tuliskan perkataan2 yang hendak diajar di atas kad putih tadi. Tuliskan dalam warna hitam atau merah.

3. Perkataan2 yang sesuai terpulang pada masing2 tetapi lebih baik gunakan perkataan2 yang akan disebut dahulu semasa mereka mula bercakap.

4. Imbaskan perkataan2 tersebut semasa kanak2 benar2 bersedia; tiada gangguan bunyi bising dsbnya, sebaik2nya dilakukan tiga kali sehari. Saya gemar ` flash card’ kat Adam semasa menyusubadankannya....ialah boring jugak kekadang tu tak buat ape...terbaring aje..silap2 maknya yang dulu zzzzzzzzzzz.....

MACAMANA CARA KAEDAH MEMBACA TEACHER J TUU?

1.Untuk bacaan Bahasa Inggeris, saya gunakan 2 kaedah: Glenn Doman dan ` Phonetic Approach ( mengenal huruf melalui bunyinya)

2.Untuk bacaan Bahasa Melayu, saya teruskan cara nenek moyang kita dulu...eja dan bunyikan sukukata. Takyah nak guna cara lain..senangje ngajar membaca BM kat bebudak ni, sebab bunyi vokal dan konsonannya tetap tidak berubah walau dicampak di lautan api sekalipun..he..he..he..

3. Teacher J ajar bacaan Jawi gak..Saya ajar cara phonetic ( cara dan lagunya hakmilik TJ) Senang kacang...nak tau marila menuntut...

Proses pembelajaran hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dari situ akan terpancar keceriaan, perasaan kasih sayang dan kebahagian. Salah satu petua Glenn Doman yang semestinya diikuti ` You Have To Stop Before S/He Wants To Stop Reading’ (ni akan buat anak kita sentiasa ‘ eager’ nak membaca dan membaca dan membaca.....

~For more details you should go to Glenn Doman method http://www.baby-can-read.com

Sunday, July 4, 2010

BELAJAR TINGGI2 AKHIRNYA KE CEROK DAPUR JUGA...

Dulu,masa saya dapat ‘offer` melanjutkan pelajaran ke UK,adalah suara2 sumbang yang kedengaran,` tak yahla susah2 belajar sampai ke luar negerii..esok2 tercerok kat dapur jugakk..

Nasib baik arwah opah panjang akal,diusahakan juga sampai saya berjaya membawa segulung ijazah.Sempat bekerja di sebuah syarikat kewangan lebih kurang enam tahun.Berhenti kerja ( dapat ‘VSS`)selepas melahirkan anak ke3.Faktor utama berhenti kerja kerana kepayahan mendapatkan pembantu rumah,ditambah pula terpaksa mengharung jalan penuh sesak,pergi balik kerja.( bukan bertarung dengan kerja tapi cabaran jalan’ jam`...masa tu jalan Cheras KL belum ‘highway` lagi.)

Gelap lagi dah pergi kerja dan gelap juga sampai ke rumah.Bertambah gelap dengan kerja rumah yang berlambak,anak2 ( 2 dan 4 tahun) yang kelaparan peluk kasih ibunya.Dengan kekangan waktu ,mana mungkin anak2 ini dapat didikan sempurna dari ibunya.

Walaupun punya jawatan yang agak selesa,tapi keputusan berhenti kerja di sambut baik oleh seorang suami ( walaupun pada mulanya agak keberatan kerana faktor kewangan) Katanya,` kalau itu yang terbaik untuk kita,moga Allah memudahkannya.’

Selepas tiga bulan melahirkan anak ke 3, kami pindah ke rumah sendiri di Cheras.(agak besar..rezeki anak,dari Allah jua)Dipendekkan cerita,saya menjadi guru tadika,mengajar anak2 prasekolah dan juga anak2 sendiri di kelas yang sama.Berkat keikhlasan hati mengajar,pembelajaran anak2 sungguh memberangsangkan.

Ilmu tadika dimantapkan dengan menghadirkan diri ke seminar2 prasekolah dan membanyakkan mentelaah bacaan tentang pembelajaran awal kanak2.Persahabatan dengan ibubapa yang punya banyak pengalaman mendidik anak2 berjaya juga telah membantu saya membuat pertimbangan wajar dalam selok-belok pendidikan awal.

Syukur Alhamdulillah..Allah jua yang mendorong kearah kebaikan..terpulang kita mengusahakannya.Setelah 10 tahun menjadi guru,pengetua ,pengusaha tadika dan mendidik 5 orang anak lelaki ke tahap tidak banyak masalah( moga mereka nanti dapat berjasa pada agama, bangsa dan Negara tanpa melupakan ibubapanya)saya rasa pendapat saya mengenai kepentingan sistem pembelajaran prasekolah dan keterlibatan ibubapa dalam pemantauan anak2 dari seawal usia tidak boleh di pandang sepi.

Pendapat saya:

1.Keluarga yang ideal punya ayah sebagai ketua keluarga, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup,dilengkapi dengan kehadiran ibu di rumah yang mengurus, mendidik dan memantau anak2.( lebih bagus kalau ada pembantu di rumah,membereskan mana yang perlu..maklum aje la..melayan kerenah anak2 ni tak la senang jugak..)

2. Menitikberatkan pembelajaran anak2( dunia & akhirat) dari peringkat prasekolah disempurnakan dengan peranan ibubapa yang berpengalaman dan berpengetahuan melengkapkan proses pendidikan anak2 ini.

Rasa2nya,tidak salah belajar tinggi2 tapi masih tercerok di dapur.Sambil menanti daging kari empok di kuali ( untuk hidangan tengahari anak2) boleh layan ` online game’ ( sekadar nak tau) Sementara menunggu mereka pulang sekolah,dapat jugak ` update’ blog...
Dalam dunia serba canggih, ibupun kena serba boleh.Tercerok kat dapur,berteman notebook,bersembang di facebook...

NOTA: Kepada ibu yang ralit berfacebook,jangan lupa anak2 anda..yang lapar menanti nasi..jangan sampai jadi seperti anak ini...
Para Ibu Yang Suka Main Facebook Tolong di lihat Video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=qW8yBIf_tQg

Thursday, June 24, 2010

MY ASPIRATION...

• The development of human capital starts at the early age i.e preschool level, hence, we want to contribute in terms of experience, knowledge and expertise.

• In line with our Minister of Education’s aspiration in encouraging the setting up of more private kindergartens especially in the rural areas.

• To reap the mutual benefits of sharing, engaging and discussing ideas and issues related to early childhood education especially on learning and teaching methodologies.

• Encouraging parents’ serious involvement and commitment towards their
children’s early childhood education.

• Being aware of changes taking place in this industry and taking steps and actions to remedy or ride on the changes.

• To inculcate the passion for reading and acquiring of knowledge in our society

• Encouraging graduates to get involve in this line of business and making use of the knowledge to teach their children at the same time.

• Discharging our duty and responsibility to the Muslims in terms of encouraging the culture of knowledge among the ummah.

Friday, June 18, 2010

PLAY RHYMIN' SIMON




Q1, Do you know what rhyming words are?
A1, Words that have the same ending sound.
eg: "floor and door" rhyme
"cat and bat" rhyme
"dog and cat" do not rhyme

Sing this nursery rhyme :
Twinkle twinkle little star,
How I wonder what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.

Eventhough , the 'end spelling' is not the same;
star and are do rhyme,
high and sky also rhyme.

Q2 Why rhyming is important?
A2 When kids are familiar with rhyming words they will eventually grasp early reading without much problems.

Would you like to play rhyming simon with your kids?It's fun....Watch the video and try it with your kids.You can add more words as many as you like. HAPPY TRYING!!

Tuesday, June 15, 2010

ARTS BUILD CREATIVITY FOR LIFE
















































If you ask your child...


Q1.What subject he/she likes to do most but not/or less done in school?

Q2.What subject not seriously taught in school( as it is not a UPSR subject) but in actual fact it is the subject that will inspire the creativity in every child?

Q3.What lesson that involves mixing and playing with primary colours ( red ,yellow,blue) to get interesting secondary colours like pink,purple,orange and green?

The answer for the above is of course....ART & CRAFT lesson.

~ I discovered green is a mixture of yellow and blue when I was at my secondary school.Should I explore the experiment much earlier I would have become much much more creative than what I have been today.

~To my surprise,I can get brown colour by mixing red ,yellow and blue.I discovered this through my 8 year old Adam who attended Abrakadoodle Art & Craft holiday programme last week.http://www.abrakadoodle.com.my

NOTE:See carefully the pictures that they hold.Do you notice that each child's art is different/ unique? It is as original as he or she is....

Wednesday, June 2, 2010

DO WE PRAY FOR OTHERS?

As my eight year old kid was reciting the Doa after his maghrib prayer, he looked up to me and asked, “Ibu..Adek really miss Nadim….Adek’s best friend”, he bemoaned . “What happened to him? I shrugged.”He has not been around at school since last week, he had met with an accident…”, my son replied. “I am so sorry son, maybe we can visit him today and hopefully that will make you feel better”, I murmured. “ Can I ask Allah to take care of Nadim, ask Allah to heal his wounds so Nadim can get back to school soon?” suddenly my son interrupted.” But of course son, you can always ask Allah anything as long as the intention is good, go ahead, recite that in your Doa”, I concurred.As I left my son’s room I heard him continued reciting his Doa and I can hear Nadim’s name in the background…

I started to reflect on the conversation with my son that evening and relate to my own life, our society and the planet that we live in. Do I pray for my neighbours? Do I pray for my neighbours’ kids? Do I pray for my teachers,my teachers’ kids,my friends and their kids? Perhaps if all the neighbours’ kids are blessed, all school children are blessed, community and society will be blessed… our kids will be mingling around in a blessed surrounding and the planet will be a much better place to live in....

Thursday, May 20, 2010

...LEARNING TO APPRECIATE...

We or rather our society is not accustomed to giving appreciation...maybe it has got to do with our upringing, culture, education or just our innersense of being preoccupied with 'receiving' rather than 'giving'...

Little gestures like saying thank you,congratulations, a congralutory sms, a greeting card or even a pat on the back do wonders to the receiving ends.

Why don't we start from home with our kids to say...thank you Ibu, thank you Abang,thank you Bibik, congratulations Angah...good Maisarah, very good Anis, excellent Abang Chik and all the superlatives...

Why don't we encourage our preschool kids to say thank you Teacher, thank you Friends, congratulations Adam...good Ashraf,very good Ilham, excellent Shafiq and all the synonyms...

In order it to be bold, spontaneous yet sincere...it must come from the heart...

....the greatest appreciation of all is to the Almighty,the Most Merciful...
Alhamdulillah...thank you Allah...thank you Allah...

Tuesday, May 18, 2010

BELAJARLAH MENGHARGAI...IA PERLU DIDIDIK...

Semalam hari guru...16 mei 2010..jatuh pada hari Ahad.Asyiknya menonton program Nasi Lemak Kopi O masa Aziz Desa dok interview guru BM & Maths kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib dizaman persekolahan beliau.Katanya, masa di sekolah PM memang seorang yang berwibawa, segak, bersih, tampan, bijak, pandai( semua subjek skor A )Agak pendiam....ye la... orangnya tak suka buat bising, tak merapu tak tentu pasal, dan tak buat benda2 yg cikgu tak suka.No wonderlah beliau jadi pemimpin negara sekarang ni.Bagaimana agaknya cara didikan ibubapanya.....PM ke-2 dan ibunya Pn. Rahah?

Hari ini Isnin 17 Mei 2010.Selalunya, meja penuh dgn kad2 ucapan untuk guru.Tahun ni?...Mereka tlh lupa...Tahun2 sebelumnya sempena Hari Guru cikgu akan mengingatkan anak muridnya untuk buat kad dan hanya kad(bukan beli) untuk gurunya dgn niat untuk mendidik bebudak ni agar tahu menghargai jasa guru.Dengan hasrat biarlah besar nanti akan tahu menghargai jasa sesiapa yg tlh menolong mereka ; Ibu, Bapa, Guru, Kawan2 dsbnya.Bukanlah harapan untuk mendapat imbuhan tapi hanya secebis penghargaan


"TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU"

Terimakasih itu tiada erti jika diberi tanpa rela hati.
Terimakasih itu penuh erti jika diekspresi sepenuh hati.
Sesingkat itu perkataannya, semudah itu sebutannya,
tetapi kenapa ramai yg tidak memberi tetapi hanya menanti.

Kita suka dipuji, mengharap dihargai tapi mengucapkannya seperti tak sudi.
Ya...Kita tidak dididik begitu.Salahkan saja nenek moyangku...

Ahh!! Usah lagi dipersalahkan sesiapa.Marilah kita bersama mendidik anak2 ini agar tahu menghargai.Ucapkan terimakasih itu sempena Hari Guru dan dimana-mana perlu.Mudah! Tapi ramai yg tak tahu......

NOTA "kepada yg ikhlas mengucapkan 'itu'...ini bukan untuk kamu.Terimakasih.

Thursday, May 13, 2010

ASPIRASI TICERJ.....ASPIRASI KITA SEMUA....

· Menyedari hakikat bahawa pembangunan modal insan haruslah bermula di peringkat asas iaitu prasekolah (3-6 tahun), saya mahu berkongsi pengalaman, pengetahuan dan menyemarakkan ilmutadika .

· Menyahut seruan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak institusi tadika swasta bukan saja di kawasan bandar bahkan di luar bandar.

· Berkongsi maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran prasekolah bagi faedah bersama.

· Menggalakkan penglibatan ibubapa yang bersungguh-sungguh dari peringkat asas pembelajaran anak-anak.

· Menyedari dan memahami apa-apa perubahan yang berlaku di bidang prasekolah dan pelan tindakan yang diperlukan bagi menangani perubahan tersebut.

· Menyemarakkan budaya membaca dan menambahkan ilmu di kalangan masyarakat.

· Menggalakkan para graduan untuk menceburi bidang ini yang bukan sahaja sebagai sumber ekonomi bahkan manafaatnya dapat ilmutadika untuk mendidik anak-anak sendiri.

· Sebagai ibadah menyemarakkan ilmu fardhu kifayah sesama ummah.

· Pendidikan yang sempurna amat penting bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup.

Saturday, May 8, 2010

WHAT KINDERGARTEN TEACHERS WISH PARENTS KNEW

..by Steven Hicks ( an educator for 17 years and kindergarten teacher for the past decade.)Here are what he and all the kindergarten teachers want parents to know:

1. Your job is not over when you drop your little one off at school, it has only begun. We want to be your partner. Keep us informed about what goes on at home that might affect your child's behaviour or academic performance. Share with us what we do at school affects him/her at home

2. The more self-control your child has, the more successful he/she will be in school. Children need practice in deciding how and when to express their feelings and needs, and when and if to act on impulses. Help him/her develop and practice these skills at home before he/she tests them at school, where the consequences are a loss of learning for him and for others.

3. We want you. Come in. Look around. Peruse the textbooks and materials. Knowledge is power. When parents know about the subjects we teach and have a common understanding for discussion. Volunteering is a wonderful way to learn about what goes on at school and to show your child how much you care about what she is doing.

4. Your child needs lots of opportunities to play outside of school. Playing both alone and in small groups helps facilitate learning and allows your child to practice skills and concepts. Activities include sand and water, empty boxes, play-dough, everyday household items, art materials and construction toys. When he/she plays, he/she makes discoveries and tries new things, solves problems, develops confidence, takes turns, shares, cooperates with others and learns to negotiate. Play also encourages self confidence and helps to develop communication skill.

5. Reading to your child once a day is not enough. Try to read together at least three times a day. When you read, talk about the book. Point out letters and words in the text and encourage him/her to recognize rhyming sounds and words and to identify beginning and ending sounds. Let him/her retell the story from the pictures.

6. Writing exploration at home is critical. Your child needs to have opportunities to use pencils , crayons, markers, coloured pencils as she attemps to express herself in written form. She begins with scribbles and lines, moves on to letters and her name, and then to words and sentences.

7. Homework is an opportunity for talking, sharing and listening. Teachers give homework to extend the learning of the classroom. It is a chance for you to find out what your child is studying and how well he is grasping the skills and concepts being taught at school. Talk with your child about his homework. It shows him that you care and value what he does at school.

8. Television and video games use up valuable playtime. Limits screen time. The hours spent with these electronic devices could otherwise be spent talking, reading, or actively learning through play.

9. First hand experiences are another teacher for your child. Take her to museums, the zoo, the aquarium, the library, parks, art performances, and geographic locations such as the mountains, beach, forests, and deserts. And do it often. She 'll grasp concepts and skills better if she has experiences with the real thing.

10. Your health habits influence your child.When you model a balanced,healthy diet and lots of exercise,your child will come to value a healthy way of living.

For many children,kindergarten is the first experience away from home.Kindergarten teachers want to partner with parents to help children become expressive,confident,curious,cooperative,competent,independent and engaged learners.This is what kindergarten teachers wish parents knew.And now you do.Thank You...

Sunday, May 2, 2010

ANAKKU PANDAI MEMBACA


Masa ni Firdaus berumur 3 yrs 5 mths.Baru masuk tadika 5 mths dah pandai baca buku...Firdaus baca dan faham ape yg dia baca.Tadika mana tu ye?...Well..the process has actually started from home....

Wednesday, April 28, 2010

BERSUSAH2 DAHULU BERSENANG2 KEMUDIAN ( DELAYED GRATIFICATION )

Memang susah untuk membesarkan anak2...tak mudah untuk mendidik mereka...bertambah payah kalau kita tak mahu belajar cara2 orang2 yg tlh berjaya.

...tak mau dengar tak mau baca...
...tak mau blajar mana nak berjaya...

Keutuhan rumah pd kekuatan tiang serinya...keberkesanan sistem pembelajaran bermula dr pembelajaran asasnya.

Jgn ambil mudah bila menghantar anak ke tadika semua akan dibereskan oleh gurunya.Camna nak makan,nak minum,nak gi toilet,nak pakai seluar,nak pegang pensel,nak ikut arahan...semuanya bermula dr rumah.Bukanke guru pertama ialah kita,ibu-bapanya.

Berhati2 dgn peranan pembantu di rumah kita.Silap haribulan,tanpa pemantauan yang cekap,anak2 kita akan lebih manja dr yg sepatutnya.Kita kan cenderung bermalasan dr yg sewajarnya.Camna nak kreatif, kalau nak angkat pinggan sebijik ke sink pun maid yg buatkan...belum suruh basuh lagi.

Kalau kita biasa lakukan kerja2 ringan cam masukkan buku ke beg,basuh kasut sendiri,basuh seluar dalam sendiri,masukkan kerusi sendiri,hang towel elok2 sendiri,kemas katil sendiri dsb,mungkin suatu hari nanti kita terfikir nak buat satu robot yg boleh ambil alih tugas2 remeh tu...barula kreatif namanya.Ya..dlm kita melakukan kerja2 tersebut kita akan terfikir untuk cari jalan bagi menyenangkan keadaan...tapi klu orng lain yg buatkn utk kita...tak sempat nak fikirpun..

Jadi,jika budaya berdikari telah sebati dlm jiwa,pemuda2 akan ke arah suami yg prihatin,anak2 gadis kan jadi isteri yg bahagia..sebabnya bila sama2 cari rezeki tentula kerja2 rumah perlu dibahagi..barula hidup aman damai..happy..Anak2 generasi akan datang pasti mencontohi kita,ibu-bapanya.Klu maid tak de pun takdela kita hilang arah.

Sedar tak kita bantuan pembantu rumah telah banyak melalaikan kita.Negara2 membangun seperti UK tidak menggalakkan kehadiran domestic helper ni...to get one maid is very expensive.No wonderla my friend kat England iron baju sendiri,kemas rumah sendiri.Time masak, husbandnya an accountant akan tolong mengemas dapur ( walaupun my friend tu tak berkerjapun )Kebanyakan perkakas/perabot rumah they get from Do It Yourself DIY shop.Kita ni kekadang tu nak buka pagar pun tunggu maid...amboi malasssnye...

Monday, April 26, 2010

ROTE LEARNING SIMPLY WON'T DO

...From NST dated 24/4/2010 by Educationist Professor Dr Chiam Heng Keng

ROTE LEARNING = Kaedah belajar yang berdasarkan pembelajaran fakta2 dsb secara menghafal tanpa mengira maknanya.

Dari pengamatan saya mengenai artikel tersebut....

Negara kita memerlukan tenaga kerja yang mahir,berpengetahuan,berdisiplin,bertenaga,kreatif dan berinovatif,berdikari,rajin berusaha,teguh pendirian,berketrampilan dan berperkerti mulia bagi mencapai hasrat Negara Malaysia membangun pada tahun 2020.

Tetapi adalah sukar untuk menyediakan tenaga kerja yang berkaliber ( yg berkualiti...yg unggul )pada masa akan datang kerana antara faktor yang menjurus kepada permasaalahan tersebut adalah:

1. Sistem pembelajaran kita

a)..yg ke arah berapa banyak A yang mesti dipulun..

b)..kurang penekanan kpd pembelajaran yg kreatif..sebabnya sukar bagi guru untuk menilai kemahiran kreatif pelajar krn ia adalah sesuatu yang subjektif.Soalan2 fakta dan objektif boleh dinilai dgn kadar segera....senang bagi yg membuat soalan periksa begitu juga yg memeriksa kertas peperiksaan.

RECENT PLAN:

1)to review the educational system to shift from rote learning to ceative and critical thinking skills

2)to reintroduce technical and vocational training

3)to improve English language proficiency

...memang senang untuk menuding jari menyalahkan orang lain kenapa anak2 kita jadi begitu begini..

BUKANKAH INI JUGA ADALAH PENYEBAB2NYA JUGA?

2. ..Persepsi ramai
Kita sering menilai kewibawaan/kedudukan seseorang dr hartanya lebih drp keikhlasan dan ketulusan peribadinya...( berharta dan berperkerti mulia..itulah yg ideal)

3. ..Budaya/trend sekarang
..ke arah terlalu 'memanjakan' anak2..
..krn kesibukan kita( ibu-bapa )mengejar duniawi,kita lupa pada anak2 yg memerlukan perhatian.Kasih sayang dicurahkan dgn cara memuakan mereka dgn kemewahan yang tak setimpal( immediate gratification)

..MARILAH KITA MEMBANTU ANAK2 KITA BAGI MENCAPAI VISI NEGARA MALAYSIA TERCINTA...

Friday, April 23, 2010

BEBUDAK NI IBARAT KAIN YANG PUTIH

..BEBUDAK NI IBARAT KAIN YANG PUTIH..

...Kalau tercurah cat hitam maka hitam la ia...Kalau terpalit warna merah,jingga, kuning, hijau ,biru ,indigo ,ungu...jadila warna pelangi..wow!cantik tu..

Bebudak ni lurus je...tak reti bahasa kias...tak pandai nak cari udang disebalik mi.Just say it straight to the point..if not they will easily get confused.

Kalau tak caye..you just see HOW MY KIDS SEE IT:

1.Anak saya Adam masa dia berumur tiga tahun sangatla curiousnya.Saya pernah explain kat dia tak boleh main dijalan nanti accident( boleh mati).Suatu hari Adam nampak pokok tak berdaun terus tanya saya.'Ibuuu..kenape pokok tu macam tu?Tanpa fikir panjang saya jawab.'Oo..itu pokok mati.Adam terus tanya balik,'pokok tu kena accident ye bu..

2.Anak tadika saya,Adilla berumur tiga tahun.Masa pass buku kat tangannya,dia tanya saya..'Teacher J...ni buku sapa?'AWAK la...'Bukan la teacherrrr..buku Dilla la..

..Yang ni kira kes lurus bendul..

3.A form one student,SiA,explained in three steps to prepare a cup of milo.Firstly,u must boil same water.Next, u add a spoonful of milo and sugar.Finally,er..er..er DISTURB the mixture...
Laa..Aiman je yang senyum2 kambing.Nape ko senyum Man...Ko paham ke..kesian..kesian..tu la tak belajar English awal2...dari tadika lagi..

..BEBUDAK NI IBARAT KAIN YANG PUTIH..

...Kalau tercurah cat hitam maka hitam la ia...Kalau terpalit warna merah,jingga, kuning, hijau ,biru ,indigo ,ungu...jadila warna pelangi..wow!cantik tu..

Bebudak ni lurus je...tak reti bahasa kias...tak pandai nak cari udang disebalik mi.Just say it straight to the point..if not they will easily get confused.

Kalau tak caye..you just see HOW MY KIDS SEE IT:

1.Anak saya Adam masa dia berumur tiga tahun sangatla curiousnya.Saya pernah explain kat dia tak boleh main dijalan nanti accident( boleh mati).Suatu hari Adam nampak pokok tak berdaun terus tanya saya.'Ibuuu..kenape pokok tu macam tu?Tanpa fikir panjang saya jawab.'Oo..itu pokok mati.Adam terus tanya balik,'pokok tu kena accident ye bu..

2.Anak tadika saya,Adilla berumur tiga tahun.Masa pass buku kat tangannya,dia tanya saya..'Teacher J...ni buku sapa?'AWAK la...'Bukan la teacherrrr..buku Dilla la..

..Yang ni kira kes lurus bendul..

3.A form one student,SiA,explained in three steps to prepare a cup of milo.Firstly,u must boil same water.Next, u add a spoonful of milo and sugar.Finally,er..er..er DISTURB the mixture...
Laa..Aiman je yang senyum2 kambing.Nape ko senyum Man...Ko paham ke..kesian..kesian..tu la tak belajar English awal2...dari tadika lagi..

Wednesday, April 21, 2010

BOLEH BACA CEPAT ...BANYAK ILMU DAPAT

Dah setahun tak add ape2...lama tu...biasala menguruskan tadika...tiga bulan pertama tiap2 tahun memang sngt challenging utk mendidik bebudak kecik ni. Time ni la nak test cikgu2 baru.Kalau berbakul2 experince ngaja budak unipun tak tentu dpt sabo ajar budak tadika.Kalau ade ijazah early childhood..tapi tak reti tackle budak2 ni...susah jugak.Pendek kata kenelah ade ilmu tadika serba serbi barula tahan dgn kerenah mereka.

Bila dah betol2 redha nak mendidik pasti ade jalannya..

With methods yg consistent...a lot of patience...and some creativity...about three months you will notice some progress in yr child.Yg memang bright proses membaca tak de masaalah...yg bright tapi malas..boleh baca jugak...yg slow leaner..dyslexia..adhd...with parents' cooperation bole baca tapi slow sikit.Dalam berbagai keadaan anak2 kita bole baca tapi kenapa masih ramai kat luar sana yang tak bole baca ye...ade yg sampai sek menengahpun masih terkial2.....