Wednesday, July 6, 2011

BUAH MANGGIS DARI KAMPUNG

“ Assalamualaikum…..assalamualaikummm…J!…,J! terdengar suara sayup-sayup dipagar luar rumahku.”Pergi buka pintu,Ticer B dah sampai tu”aku menyuruh Firdaus anak bongsuku.Alamak,tak sempatlah nak goreng cekodok ni,gerutuku dalam hati.Kononnya nak menghidang cekodok nasi buat ‘teman seperjuangan ‘ sambil bercerita panjang.Tak sampai sejam aku menelefon mempelawanya ke rumah,B dah terpacul di muka pintu.

B!!! Kami berpelukan.Macam dah lama sangat tak jumpa.Kali terakhir kami menonton Nur Kaseh bersama,tak sampai sebulan yang lalu.Entah kenapa,kami seakan serasi dalam beberapa perkara,yang jelas kami suka membeli dan membaca buku-buku yang sama,suka budak-budak,suka ketawa.B suka sangat dengan kerja seni dan krafnya terutama dibuat bersama budak-budak tadika.

“You buat apa sekarang B? aku tak sempat-sempat nak bertanya dan bercerita.Masing-masing tak reti nak tunggu turn,melanggar tata susila perbualan bersopan…mana satu yang bertanya,yang mana pula yang kena menjawab soalan.Kami sudah lali,banyak yang tak dipeduli…bila dah keliru kami balas dengan ketawa sahaja.Biasanya bila sampai di rumah masing-masing ,senyuman masih terukir dan rahangkan terasa sengal…banyak betul bercakap!

“Tak buat apa J,boring jugak.Hari tu I ada hantar resume ,company tu nak pakai orang buat design work”.”Masih nak kerja lagi B?”Tak tahulah J,husband I pun dah kata duduk rumah aje,tapi…
“Tapi apa B?”Duit laa!! Kami serentak tergelak besar.”Tak payah kerjalah B,duit banyak manapun tak cukup”.”Betul tu J…Eh,hari tu I baca buku cara menjana income dari rumah antaranya dalam bidang penulisan.You buat lah J,you boleh punya..

Hajat di hati memang nak menulis.Blog yang dah ada tu mungkin dah lama merajuk,berbulan-bulan menyepi.Semenjak dua menjak ni( bila maid dah berhenti)tatkala nak menaip,teringat ikan tak bergoreng lagi,teringat periuk semalam masih di sinki,kain setimbun belum berlipat,belum sentuh lagi bab kain di mesin menjeruk rasa berhimpit terseksa minta dibebaskan ke ampaian merasa sinaran mentari petang yang masih berbaki.

Bukan senang juga jadi ibu suri,kena banyak memotivasikan diri,kerja rutin yang berulang kali mengundang jemu tapi…..aku mesti berbuat sesuatu,kucapai pena,kuteruskan’ perjuangan’.

B sudah lama balik ke rumahnya.Tak sempat bercerita panjang ,anak-anak B dah lama menunggu di luar.”Kami tak nak masuk nanti lagi lama bercerita ngan Ticer J,rungut anak-anak B a.k.a anak-anak didikku.

“Ish!..manggis punyalah banyak tak sempat nak ucap terimakasih kat B……rasanya salam dia pun tak kujawab tadi,apalah aku ni!

WA’ALAIKUMMUSSALAMM B……TERIMAKASIH B ( manggis dari kampong sungguh manis sekali…)
…Semuanya belum terlambat….yes,it’s better late than never!!

Thursday, March 10, 2011

Alhamdulillah..teruja sangat kerana terpilih sebagai 'Surat Pilihan' di ruangan Suara Pembaca bagi majalah ANIQAH keluaran Mac, 2011.. tajuk asalnya "Belaian Kasih' ditukar kepada 'Program Lahirkan Lebih Ramai Anak Terbilang'....


BELAIAN KASIH…

Setelah membaca majalah Aniqah Februari 2011 dari kulit ke kulit,rasa sangat teruja untuk memberi pandangan mengenai permasalahan remaja dewasa ini.Kecermelangan Muhammad yang sangat terserlah di usia remajanya.Kagum dengan kepintaran Adi Putera yang pakar Matematik diusia setahun jagung.Kesabaran ibu mithali,Hajah Awiah Awi membentuk kesembilan anak lelakinya menjadi anak-anak yang terpandang.Kebolehan luar biasa Darwisya Adriaana yang mampu menghafal Al –Quran sejak berusia empat tahun lagi.Tidak ketinggalan kenapa saya terus mencapai Aniqah keluaran bulan ini,tak lain dan tak bukan kerana model ini yang punya aura angkasa, Datuk Dr. Sheikh M uszaphar bersama pasangannya yang sama cantik,sama bijak,memang padan sekali.

Setiap majalah yang saya beli sering membincangkan masalah sosial remaja masakini.Berbagai-bagai program difikir,dirancang dan dilaksanakan tetapi keberkesanannya masih membimbangkan,permasalahannya kian meruncing.Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN) misalnya,menekankan peranan ibubapa ,orang yang terdekat yang perlu menjadi idola dan motivasi kepada anak-anak sendiri.Berbagai-bagai program disediakan termasuk Modul Bahtera Kasih( persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga ), Modul Belaian Kasih ( keibubapaan anak kecil), Modul Mutiara Kasih ( keibubapaan anak remaja) dan Modul Permata Kasih ( pembangunan remaja ).Yayasan Suara Wanita ( YASNITA) juga bangun dengan semangat juang untuk memartabatkan pengorbanan kaum Hawa dalam membangunkan instituisi kekeluargaan tidak kira mereka wanita berkerjaya ataupun suri rumahtangga.

Semalam saya terpegun sekali melihat gelagat Dr.Daniel Zainal Abidin menterjemahkan keperibadian mulia Sultan Muhammad Al –Fateh dan kebijaksanaan beliau menawan Kota Konstantinopal ( Istanbul) dalam program Halaqah TV9.Kata Dr.Daniel,anak kelas pertama akan lahir dari asuhan dan didikan ibubapa kelas pertama.Muhammad,Darwisya,Adi Putera,Sheikh Muszapar…siapakah gerangan ibubapa mereka?Janganlah kita ambil mudah melepaskan kemelut sahsiah anak –anak kita di bahu orang lain.Kitalah sepatutnya menjadi idola mereka kalau tidakpun teladanilahlah idola yang benar seperti Muhammad Al-Fateh dan ilmuan islam terbilang yang lain bukan idola tari menari era ini.

Betapa kita juga perlu mengubah persepsi karier ustaz/ustazah sebagai kerjaya kelas ke dua.Sementelah penceramah agama terkenal,Datuk Ismail Kamus turut menyarankan ibubapa membentuk salah seorang anak menjadi ahli agama agar dapat menggantikan ulama yang sedia ada.
Saya sangat percaya Modul Belaian Kasih ,Program Permata Asuhan dan seumpamanya ,jika dapat dilaksanakan dengan jaya, akan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak terbilang di masa akan datang.Bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi juga sentiasa tunduk dan tawadduk ,mengagungkan Si Pencipta Allah swt….mereka tidak akan tersasar.Wallahualam..

Saturday, February 5, 2011

..WHAT EVEN MORE IMPORTANT IS THE WILL TO PREPARE

The will to succeed is important but what even more important is the will to prepare. Memang kita suka buat kerja last minute..some say ‘we work better under pressure’. Sometimes it’s true but most of the time it will lead to lots of problems. The end result is always not a good quality one.

Ade tak baca buku ‘ Anakku Bijak Belajar ’, by Dr. Shukri . Kat buku tu ade mention teknik pembelajaran ‘S A T U’. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan selalunya belajar secara konsisten, tak main la last minute ..Mereka akan 1. Sedia Awal,2.Tumpukan pelajaran dalam kelas dan 3.Ulangkaji pelajaran

So, if exam is the next day, tidur awal je, tak yah stay up pun. Orang lain bagai nak rak pulun, kita relax je….resultnya nanti, berbaloi-baloi.
Susah jugak anak2 ni nak Sedia Awal ( membaca topik yang belum lagi diajar guru). Selalunya topik yang belum diajar sukar untuk difahami. Sebenarnya kita tak perlu faham sangat pun..sekadar membaca sekali lalu topik2 berkenaan. Tak nak Sedia Awal pun tak pe. Yang penting sekali MESTI berikan Tumpuan dalam kelas pastu jangan lupa Ulangkaji secara konsisten supaya pemahaman pada pelajaran lebih mantap dan berkesan. Betul tu..sikit2 lama2 jadi bukit. Last minitpun boleh gak buat bukit cuma takut cepat runtuh je..

Tak sangka tahun pertama anak2 ku guna cara belajar e-learning, keputusan peperiksaan mereka..boleh tahan laa..yang UPSR dapat 5A, yang PMR dapat 8A. Alhamdulillah,berkat usaha, doa dan tawakal pada Allah.

Tahun 2011 mereka start Score A (http://www.score-a.com.my/eng/index.cfm) lebih awal lagi. Buka sekolah , dengan azam yang baru kami tekad gunakan Score A dengan lebih konsisten lagi. ” Kita sama2 tolong-menolong ye”, pesanku pada anak2. ” Ibu tak berdaya nak buat sorang2 dan tak kuasa nak berleter memanjang. You all do your part and I’ll do mine”, ye sayang… Bodek2 sikit laa.. Bab monitor anak buat Score A memang payah..ramai yang kecundang tapi ramai jugak yang gemilang. Harap2 anak2ku kan terus berjuang…

Belum cuba , belum tahukan! Kalau tak nak Sedia Awal dengan Score A, Ulangkaji dengan Score A, bolehkan? Try la On line Demo dia ( Demo ID ‘82828’ ). If interested call me 017-6091429/0178878383. Can deliver it to you as fast as lightning….zaman dah canggih beb!!!

Sunday, January 16, 2011

THE GREATEST LOVE

Lepas konsert hari tu memang relax habis..cuti puas2 barula looking forward nak bertadika semula.End of december i was a little bit busy with children's registration.The past few days of school was a hectic one.Biasala melayan kerenah bebudak ni...tapi alhamdulillah dengan pengalaman,kesabaran dan kesihatan ku yang masih baik,semua budak2 dah 'settle'and now ready to go full swing...

I'm always excited about what to do for the year end concert.At this point of time i've already decided what song we gonna have for the concert.Antaranya 'The greatest of love' by Whitney Houston....

I believe the children are our future
Teach them well and let them lead the way
Show them all the beauty they possess inside
Give them a sense of pride to make it easier
Let the children's laughter remind us how we used to be
Everybody searching for a hero
People need someone to look up to
I never found anyone to fulfill my needs
A lonely place to be
So I learned to depend on me

I decided long ago,never to walk in anyone's shadows
If I fail, If I succeed
At least I live as I believe
No matter what they take from me ,they can't take away my dignity
Because the greatest love of all,is happening to me
I found the greatest love of all,inside of me
The greatest love of all,is easy to achieve
Learning to love yourself,it is the greatest love of all

And if by chance ,that special place
That you've been dreaming of
Leads you to a lonely place
Find your strength in love....

Kau harapan di masa hadapan
Bimbing mereka tunjukkan jalan
Serlahkan kebolehan mereka
Biarlah berbangga, dengan dirinya
Gelak ketawanya,mengimbau nostalgia

Jadilah idola mereka
Curahkan kaseh sayang sejati
Nilai mereka di tahap sendiri
Bina yakin diri,bersamanya punya jatidiri

....sayangilah dirimu dimasa susah dan senang..carilah Penciptamu,Allah swt ,Dia yang patut kau sayangi lebih dari segalanya....