Thursday, July 22, 2010

LEBIH BANYAK SEL OTAK BERHUBUNG LEBIH CEPAT PROSES PEMBELAJARAN BERLAKU


Bila tengok susu Anmum, ingat tak Wardina dan anaknya yang cerdik kat iklan TV tu? Selain drp khasiat Anmum, kita patut tau camana sel otak berhubung melalui proses pembelajaran. Gangliosida yang ada kat Anmum Essential memang boleh membantu mempercepatkan proses belajar tapi kalau anak2 tu minum berkoyan2 Anmum pun kalau kita tak membantu mereka dlm proses pembelajarannya..tak de maknenye..

Manusia tak dilahirkan terus pandai..anak2 yg agak bright, kalau tak dipantau, tak nak belajar..akan kecundang jugak..Genius is not born..it's made ( saya ada sorang kawan yg sgt genius...bile gi kat umah dia..hulamak!!! banyaknye buku...kalau tak belajar boleh ke jadi cam tu?)

Proses pembelajaran merangkumi pendengaran, pemerhatian dan pengamatan, pembacaan, pengalaman, eksperimen, kajian, pengalaman orang lain dsbnya..

TEACHER J says," teringat masa ajar buat egg sandwich kat bebudak tadika ( selepas ajar topik makanan dan khasiatnya). Sedap tak sandwich tu Aiman? Sedap sesangat teacher..nanti nak buat lagi kat umah laa..( tak tau emaknya bagi ke tak..)

AYAH used to say," if i continually give you fish, you won't learn my son..nah! take this fishing rod, we go fishing at Tasik Kenyir next week...barulah thrill nak makan ikan nanti".

Oklah..kita lihat gambarajah di atas pulak yang menerangkan apa yang berlaku kepada sistem otak saraf anak kita. Dari ilmu kajian sains, setiap satu sel neuron mampu membina cabang2 dendrit bercambah menghasilkan rangkaian2 yg menyimpan dan menyusun maklumat. Melalui rangkaian2 ini otak saraf berfungsi membina dan menyusun ilmu, pengalaman dan berbagai kemampuan yg memberi manusia berbagai sifat serta kebolehan untuk hidup sempurna. Lebih awal proses ini berlaku, lebih sempurna dan kukuh ilmu, pengalaman dan kebolehan itu.

Pembangunan/pembinaaan otak saraf yang bertahap2 itu memberi peluang/ruang untuk kita membantu proses pembelajaran anak2 secara bertahap juga. Proses pembesaran yang berlaku sedikit-dikit, berturutan dan kumulatif akan memberi anak peluang untuk dididik secara sedikit-sedikit, berturutan dan kumulatif juga.

Lebih banyak sel otak berhubungan lebih cepat proses pembelajaran berlaku..rebutlah peluang bermain, bermesra, belajar bersama anak2 ini...alangkah beruntungnya ibubapa yang punya ilmu mengenai perkembangan awal anak2 ini.

Friday, July 9, 2010

YOU CAN TEACH YOUR BABY TO READ....DR. GLENN DOMAN

Saya diperkenalkan dengan kad imbasan ( flash card) RWB oleh seorang doktor pakar kanak2 di Hospital Tawakal semasa melahirkan Adam ( sekarang Adam berumur 8 tahun). RWB tu Red, White and Black. Bayi akan cepat terangsang dengan warna2 merah, putih dan hitam ni. Dan warna2 ni lah yang perlu digunakan untuk membuat kad imbasan cara Glenn Doman untuk mengajar membaca seawal bayi kecil berumur tiga bulan lagi.

Sebelum tu nak terangkan serba –sedikit mengenai kaedah Glenn Doman. Dr. Glenn Doman adalah seorang pakar yang mengenali potensi otak manusia sedari bayi kecil hingga usia enam tahun yang berkemampuan berkembang pesat dan dapat menerima segala macam bentuk input ( apa yang dia nampak dan apa yang kita ajar)

Dipendekkan cerita:

1. Kanak2 boleh bercakap dahulu kerana mereka lebih banyak menerima rangsangan mendengar percakapan .

2. Sekiranya kanak2 ini dirangsangkan dengan kaedah membaca sama dengan pendedahan untuk bercakap, potensi mereka membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.

3.Pakar2 Sains Neurologi ( ilmu tentang otak-saraf ) telah lama menemui tahap2 pembangunan manusia dari bayi kecil hingga usianya enam tahun. Otak- saraf terbina pada tahap 95% semasa usia enam tahun. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini (bayi kecil sehingga umurnya 6 tahun) dan berkurangan pada peringkat seterusnya.

4. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang di dapatinya semasa kecil. Apa yang tidak diperolehinya semasa kecil agak sukar diperolehi apabila besar kelak.

NOTA: Saya akan terangkan lebih lanjut mengenai sistem otak-saraf kanak2 dan tahap pembinaan/pembangunannya di lain artikel.

Sekarang ni saya nak cite sikit camna nak buat `flash card’ sendiri ala Glenn Doman. Mudah aje..takyah keluar banyak belanja dan yang penting ianya akan mencungkil bakat yang lama terpendam...Kebanyakan dari kita memang berbakat jadi cikgu..jadilah cikgu untuk anak2 kite sendiri..gerenti yang terbaikkk...

Kena kreatif sikit...takkan asyik nak beliii aje. Cam beli biskut raya yang tunjuk2 tuu ..( nak tak resipi biskut `snowrock’? Senang je buatnye..sedap dan berkhasiat..anak2 saya sangat sukakannya)

KAD IMBASAN CAM SI GLENN DOMAN TU:

1. Sediakan kad putih segiempat tepat dari kad manila yang keras .

2. Tuliskan perkataan2 yang hendak diajar di atas kad putih tadi. Tuliskan dalam warna hitam atau merah.

3. Perkataan2 yang sesuai terpulang pada masing2 tetapi lebih baik gunakan perkataan2 yang akan disebut dahulu semasa mereka mula bercakap.

4. Imbaskan perkataan2 tersebut semasa kanak2 benar2 bersedia; tiada gangguan bunyi bising dsbnya, sebaik2nya dilakukan tiga kali sehari. Saya gemar ` flash card’ kat Adam semasa menyusubadankannya....ialah boring jugak kekadang tu tak buat ape...terbaring aje..silap2 maknya yang dulu zzzzzzzzzzz.....

MACAMANA CARA KAEDAH MEMBACA TEACHER J TUU?

1.Untuk bacaan Bahasa Inggeris, saya gunakan 2 kaedah: Glenn Doman dan ` Phonetic Approach ( mengenal huruf melalui bunyinya)

2.Untuk bacaan Bahasa Melayu, saya teruskan cara nenek moyang kita dulu...eja dan bunyikan sukukata. Takyah nak guna cara lain..senangje ngajar membaca BM kat bebudak ni, sebab bunyi vokal dan konsonannya tetap tidak berubah walau dicampak di lautan api sekalipun..he..he..he..

3. Teacher J ajar bacaan Jawi gak..Saya ajar cara phonetic ( cara dan lagunya hakmilik TJ) Senang kacang...nak tau marila menuntut...

Proses pembelajaran hendaklah dilakukan dengan penuh keikhlasan. Dari situ akan terpancar keceriaan, perasaan kasih sayang dan kebahagian. Salah satu petua Glenn Doman yang semestinya diikuti ` You Have To Stop Before S/He Wants To Stop Reading’ (ni akan buat anak kita sentiasa ‘ eager’ nak membaca dan membaca dan membaca.....

~For more details you should go to Glenn Doman method http://www.baby-can-read.com

Sunday, July 4, 2010

BELAJAR TINGGI2 AKHIRNYA KE CEROK DAPUR JUGA...

Dulu,masa saya dapat ‘offer` melanjutkan pelajaran ke UK,adalah suara2 sumbang yang kedengaran,` tak yahla susah2 belajar sampai ke luar negerii..esok2 tercerok kat dapur jugakk..

Nasib baik arwah opah panjang akal,diusahakan juga sampai saya berjaya membawa segulung ijazah.Sempat bekerja di sebuah syarikat kewangan lebih kurang enam tahun.Berhenti kerja ( dapat ‘VSS`)selepas melahirkan anak ke3.Faktor utama berhenti kerja kerana kepayahan mendapatkan pembantu rumah,ditambah pula terpaksa mengharung jalan penuh sesak,pergi balik kerja.( bukan bertarung dengan kerja tapi cabaran jalan’ jam`...masa tu jalan Cheras KL belum ‘highway` lagi.)

Gelap lagi dah pergi kerja dan gelap juga sampai ke rumah.Bertambah gelap dengan kerja rumah yang berlambak,anak2 ( 2 dan 4 tahun) yang kelaparan peluk kasih ibunya.Dengan kekangan waktu ,mana mungkin anak2 ini dapat didikan sempurna dari ibunya.

Walaupun punya jawatan yang agak selesa,tapi keputusan berhenti kerja di sambut baik oleh seorang suami ( walaupun pada mulanya agak keberatan kerana faktor kewangan) Katanya,` kalau itu yang terbaik untuk kita,moga Allah memudahkannya.’

Selepas tiga bulan melahirkan anak ke 3, kami pindah ke rumah sendiri di Cheras.(agak besar..rezeki anak,dari Allah jua)Dipendekkan cerita,saya menjadi guru tadika,mengajar anak2 prasekolah dan juga anak2 sendiri di kelas yang sama.Berkat keikhlasan hati mengajar,pembelajaran anak2 sungguh memberangsangkan.

Ilmu tadika dimantapkan dengan menghadirkan diri ke seminar2 prasekolah dan membanyakkan mentelaah bacaan tentang pembelajaran awal kanak2.Persahabatan dengan ibubapa yang punya banyak pengalaman mendidik anak2 berjaya juga telah membantu saya membuat pertimbangan wajar dalam selok-belok pendidikan awal.

Syukur Alhamdulillah..Allah jua yang mendorong kearah kebaikan..terpulang kita mengusahakannya.Setelah 10 tahun menjadi guru,pengetua ,pengusaha tadika dan mendidik 5 orang anak lelaki ke tahap tidak banyak masalah( moga mereka nanti dapat berjasa pada agama, bangsa dan Negara tanpa melupakan ibubapanya)saya rasa pendapat saya mengenai kepentingan sistem pembelajaran prasekolah dan keterlibatan ibubapa dalam pemantauan anak2 dari seawal usia tidak boleh di pandang sepi.

Pendapat saya:

1.Keluarga yang ideal punya ayah sebagai ketua keluarga, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup,dilengkapi dengan kehadiran ibu di rumah yang mengurus, mendidik dan memantau anak2.( lebih bagus kalau ada pembantu di rumah,membereskan mana yang perlu..maklum aje la..melayan kerenah anak2 ni tak la senang jugak..)

2. Menitikberatkan pembelajaran anak2( dunia & akhirat) dari peringkat prasekolah disempurnakan dengan peranan ibubapa yang berpengalaman dan berpengetahuan melengkapkan proses pendidikan anak2 ini.

Rasa2nya,tidak salah belajar tinggi2 tapi masih tercerok di dapur.Sambil menanti daging kari empok di kuali ( untuk hidangan tengahari anak2) boleh layan ` online game’ ( sekadar nak tau) Sementara menunggu mereka pulang sekolah,dapat jugak ` update’ blog...
Dalam dunia serba canggih, ibupun kena serba boleh.Tercerok kat dapur,berteman notebook,bersembang di facebook...

NOTA: Kepada ibu yang ralit berfacebook,jangan lupa anak2 anda..yang lapar menanti nasi..jangan sampai jadi seperti anak ini...
Para Ibu Yang Suka Main Facebook Tolong di lihat Video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=qW8yBIf_tQg