Wednesday, July 6, 2011

BUAH MANGGIS DARI KAMPUNG

“ Assalamualaikum…..assalamualaikummm…J!…,J! terdengar suara sayup-sayup dipagar luar rumahku.”Pergi buka pintu,Ticer B dah sampai tu”aku menyuruh Firdaus anak bongsuku.Alamak,tak sempatlah nak goreng cekodok ni,gerutuku dalam hati.Kononnya nak menghidang cekodok nasi buat ‘teman seperjuangan ‘ sambil bercerita panjang.Tak sampai sejam aku menelefon mempelawanya ke rumah,B dah terpacul di muka pintu.

B!!! Kami berpelukan.Macam dah lama sangat tak jumpa.Kali terakhir kami menonton Nur Kaseh bersama,tak sampai sebulan yang lalu.Entah kenapa,kami seakan serasi dalam beberapa perkara,yang jelas kami suka membeli dan membaca buku-buku yang sama,suka budak-budak,suka ketawa.B suka sangat dengan kerja seni dan krafnya terutama dibuat bersama budak-budak tadika.

“You buat apa sekarang B? aku tak sempat-sempat nak bertanya dan bercerita.Masing-masing tak reti nak tunggu turn,melanggar tata susila perbualan bersopan…mana satu yang bertanya,yang mana pula yang kena menjawab soalan.Kami sudah lali,banyak yang tak dipeduli…bila dah keliru kami balas dengan ketawa sahaja.Biasanya bila sampai di rumah masing-masing ,senyuman masih terukir dan rahangkan terasa sengal…banyak betul bercakap!

“Tak buat apa J,boring jugak.Hari tu I ada hantar resume ,company tu nak pakai orang buat design work”.”Masih nak kerja lagi B?”Tak tahulah J,husband I pun dah kata duduk rumah aje,tapi…
“Tapi apa B?”Duit laa!! Kami serentak tergelak besar.”Tak payah kerjalah B,duit banyak manapun tak cukup”.”Betul tu J…Eh,hari tu I baca buku cara menjana income dari rumah antaranya dalam bidang penulisan.You buat lah J,you boleh punya..

Hajat di hati memang nak menulis.Blog yang dah ada tu mungkin dah lama merajuk,berbulan-bulan menyepi.Semenjak dua menjak ni( bila maid dah berhenti)tatkala nak menaip,teringat ikan tak bergoreng lagi,teringat periuk semalam masih di sinki,kain setimbun belum berlipat,belum sentuh lagi bab kain di mesin menjeruk rasa berhimpit terseksa minta dibebaskan ke ampaian merasa sinaran mentari petang yang masih berbaki.

Bukan senang juga jadi ibu suri,kena banyak memotivasikan diri,kerja rutin yang berulang kali mengundang jemu tapi…..aku mesti berbuat sesuatu,kucapai pena,kuteruskan’ perjuangan’.

B sudah lama balik ke rumahnya.Tak sempat bercerita panjang ,anak-anak B dah lama menunggu di luar.”Kami tak nak masuk nanti lagi lama bercerita ngan Ticer J,rungut anak-anak B a.k.a anak-anak didikku.

“Ish!..manggis punyalah banyak tak sempat nak ucap terimakasih kat B……rasanya salam dia pun tak kujawab tadi,apalah aku ni!

WA’ALAIKUMMUSSALAMM B……TERIMAKASIH B ( manggis dari kampong sungguh manis sekali…)
…Semuanya belum terlambat….yes,it’s better late than never!!