Sunday, July 4, 2010

BELAJAR TINGGI2 AKHIRNYA KE CEROK DAPUR JUGA...

Dulu,masa saya dapat ‘offer` melanjutkan pelajaran ke UK,adalah suara2 sumbang yang kedengaran,` tak yahla susah2 belajar sampai ke luar negerii..esok2 tercerok kat dapur jugakk..

Nasib baik arwah opah panjang akal,diusahakan juga sampai saya berjaya membawa segulung ijazah.Sempat bekerja di sebuah syarikat kewangan lebih kurang enam tahun.Berhenti kerja ( dapat ‘VSS`)selepas melahirkan anak ke3.Faktor utama berhenti kerja kerana kepayahan mendapatkan pembantu rumah,ditambah pula terpaksa mengharung jalan penuh sesak,pergi balik kerja.( bukan bertarung dengan kerja tapi cabaran jalan’ jam`...masa tu jalan Cheras KL belum ‘highway` lagi.)

Gelap lagi dah pergi kerja dan gelap juga sampai ke rumah.Bertambah gelap dengan kerja rumah yang berlambak,anak2 ( 2 dan 4 tahun) yang kelaparan peluk kasih ibunya.Dengan kekangan waktu ,mana mungkin anak2 ini dapat didikan sempurna dari ibunya.

Walaupun punya jawatan yang agak selesa,tapi keputusan berhenti kerja di sambut baik oleh seorang suami ( walaupun pada mulanya agak keberatan kerana faktor kewangan) Katanya,` kalau itu yang terbaik untuk kita,moga Allah memudahkannya.’

Selepas tiga bulan melahirkan anak ke 3, kami pindah ke rumah sendiri di Cheras.(agak besar..rezeki anak,dari Allah jua)Dipendekkan cerita,saya menjadi guru tadika,mengajar anak2 prasekolah dan juga anak2 sendiri di kelas yang sama.Berkat keikhlasan hati mengajar,pembelajaran anak2 sungguh memberangsangkan.

Ilmu tadika dimantapkan dengan menghadirkan diri ke seminar2 prasekolah dan membanyakkan mentelaah bacaan tentang pembelajaran awal kanak2.Persahabatan dengan ibubapa yang punya banyak pengalaman mendidik anak2 berjaya juga telah membantu saya membuat pertimbangan wajar dalam selok-belok pendidikan awal.

Syukur Alhamdulillah..Allah jua yang mendorong kearah kebaikan..terpulang kita mengusahakannya.Setelah 10 tahun menjadi guru,pengetua ,pengusaha tadika dan mendidik 5 orang anak lelaki ke tahap tidak banyak masalah( moga mereka nanti dapat berjasa pada agama, bangsa dan Negara tanpa melupakan ibubapanya)saya rasa pendapat saya mengenai kepentingan sistem pembelajaran prasekolah dan keterlibatan ibubapa dalam pemantauan anak2 dari seawal usia tidak boleh di pandang sepi.

Pendapat saya:

1.Keluarga yang ideal punya ayah sebagai ketua keluarga, mencari rezeki untuk kelangsungan hidup,dilengkapi dengan kehadiran ibu di rumah yang mengurus, mendidik dan memantau anak2.( lebih bagus kalau ada pembantu di rumah,membereskan mana yang perlu..maklum aje la..melayan kerenah anak2 ni tak la senang jugak..)

2. Menitikberatkan pembelajaran anak2( dunia & akhirat) dari peringkat prasekolah disempurnakan dengan peranan ibubapa yang berpengalaman dan berpengetahuan melengkapkan proses pendidikan anak2 ini.

Rasa2nya,tidak salah belajar tinggi2 tapi masih tercerok di dapur.Sambil menanti daging kari empok di kuali ( untuk hidangan tengahari anak2) boleh layan ` online game’ ( sekadar nak tau) Sementara menunggu mereka pulang sekolah,dapat jugak ` update’ blog...
Dalam dunia serba canggih, ibupun kena serba boleh.Tercerok kat dapur,berteman notebook,bersembang di facebook...

NOTA: Kepada ibu yang ralit berfacebook,jangan lupa anak2 anda..yang lapar menanti nasi..jangan sampai jadi seperti anak ini...
Para Ibu Yang Suka Main Facebook Tolong di lihat Video ini.

http://www.youtube.com/watch?v=qW8yBIf_tQg

2 comments:

  1. Pertama skali ingin saya tabik 'spring' buat smua ibu2 yg mengambil keputusan berhenti kerja kerana anak2.Itu lah yg berlaku pd saya.Saya mengenali tcerj sejak kami bekerja di sebuah bank lg,iaitu 17 thn yg lalu.Kami menjd kebanggaan sykt ketika itu dgn gaji yg di byr juga agak tinggi kerana ijazah luar negara yg kami pegang.Walaupun keputusan berhenti kerja terpaksa dilakukan,saya tidak pernah menyesal hingga kini.Anak2 saya mendpt didikan yg sempurna tentang dunia dan akhirat.Alhamdulillah kedua2 anak saya berjaya dlm pelajaran.Mereka juga aktif dlm kokurikulum kerana saya mempunyai masa utk menghantar mereka setiap kali ada latihan(anak perempuan saya adalah perenang negeri) dan yg lelaki pula sedang berjinak2 dgn sukan berkuda.Apa yg ingin saya nyatakan di sini adalah,utk mendidik anak2 zaman skrg,ibubapa perlu mempunyai ilmu yg 'tinggi' dan sentiasa mempunyai jawapan kpd setiap soalan yg di ajukan anak2.Jd sebagai ibu yg sentiasa rapat dgn anak2 dan mempunyai ijazah sbg bonus...berada di cerok dapur adalah satu kebanggaan kpd kami ibu2 yg berhenti kerja demi keluarga tercinta.Soccer mom adalah gelaran yg tepat utk ibu2 cerok dapur seprti kami.U go tcerj....

    ReplyDelete
  2. ..nearly 14 years kerja..penatnya...kalaulah suamiku boleh settle everything...alangkah bahagia nya..bila la agak nya ye..??????

    ReplyDelete