Thursday, March 10, 2011

Alhamdulillah..teruja sangat kerana terpilih sebagai 'Surat Pilihan' di ruangan Suara Pembaca bagi majalah ANIQAH keluaran Mac, 2011.. tajuk asalnya "Belaian Kasih' ditukar kepada 'Program Lahirkan Lebih Ramai Anak Terbilang'....


BELAIAN KASIH…

Setelah membaca majalah Aniqah Februari 2011 dari kulit ke kulit,rasa sangat teruja untuk memberi pandangan mengenai permasalahan remaja dewasa ini.Kecermelangan Muhammad yang sangat terserlah di usia remajanya.Kagum dengan kepintaran Adi Putera yang pakar Matematik diusia setahun jagung.Kesabaran ibu mithali,Hajah Awiah Awi membentuk kesembilan anak lelakinya menjadi anak-anak yang terpandang.Kebolehan luar biasa Darwisya Adriaana yang mampu menghafal Al –Quran sejak berusia empat tahun lagi.Tidak ketinggalan kenapa saya terus mencapai Aniqah keluaran bulan ini,tak lain dan tak bukan kerana model ini yang punya aura angkasa, Datuk Dr. Sheikh M uszaphar bersama pasangannya yang sama cantik,sama bijak,memang padan sekali.

Setiap majalah yang saya beli sering membincangkan masalah sosial remaja masakini.Berbagai-bagai program difikir,dirancang dan dilaksanakan tetapi keberkesanannya masih membimbangkan,permasalahannya kian meruncing.Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN) misalnya,menekankan peranan ibubapa ,orang yang terdekat yang perlu menjadi idola dan motivasi kepada anak-anak sendiri.Berbagai-bagai program disediakan termasuk Modul Bahtera Kasih( persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga ), Modul Belaian Kasih ( keibubapaan anak kecil), Modul Mutiara Kasih ( keibubapaan anak remaja) dan Modul Permata Kasih ( pembangunan remaja ).Yayasan Suara Wanita ( YASNITA) juga bangun dengan semangat juang untuk memartabatkan pengorbanan kaum Hawa dalam membangunkan instituisi kekeluargaan tidak kira mereka wanita berkerjaya ataupun suri rumahtangga.

Semalam saya terpegun sekali melihat gelagat Dr.Daniel Zainal Abidin menterjemahkan keperibadian mulia Sultan Muhammad Al –Fateh dan kebijaksanaan beliau menawan Kota Konstantinopal ( Istanbul) dalam program Halaqah TV9.Kata Dr.Daniel,anak kelas pertama akan lahir dari asuhan dan didikan ibubapa kelas pertama.Muhammad,Darwisya,Adi Putera,Sheikh Muszapar…siapakah gerangan ibubapa mereka?Janganlah kita ambil mudah melepaskan kemelut sahsiah anak –anak kita di bahu orang lain.Kitalah sepatutnya menjadi idola mereka kalau tidakpun teladanilahlah idola yang benar seperti Muhammad Al-Fateh dan ilmuan islam terbilang yang lain bukan idola tari menari era ini.

Betapa kita juga perlu mengubah persepsi karier ustaz/ustazah sebagai kerjaya kelas ke dua.Sementelah penceramah agama terkenal,Datuk Ismail Kamus turut menyarankan ibubapa membentuk salah seorang anak menjadi ahli agama agar dapat menggantikan ulama yang sedia ada.
Saya sangat percaya Modul Belaian Kasih ,Program Permata Asuhan dan seumpamanya ,jika dapat dilaksanakan dengan jaya, akan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak terbilang di masa akan datang.Bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi juga sentiasa tunduk dan tawadduk ,mengagungkan Si Pencipta Allah swt….mereka tidak akan tersasar.Wallahualam..

No comments:

Post a Comment