Monday, August 16, 2010

MACAMANA YANG DIKATAKAN DYSLEXIA TU?

Anak anda mungkin menghadapi masalah dalam pembelajarannya( dyslexia)jika mempunyai satu atau lebih daripada simptom2 berikut:

1. Huruf atau perkataan akan DIBACA terbalik contohnya 'b' jadi 'd'....'was' jadi 'saw'.

2. Huruf atau perkataan akan DITULIS terbalik seperti contoh di atas.

3 .Perkataan akan menjadi terbalik semasa MENGEJAKANNYA di kertas seperti'pit' yang akan dieja 'tip'.

4. Kepayahan untuk mengulangi perkataan yang disebutkan kepada mereka.

5. Tulisan ..ya Rabbi..cakar ayam.

6.Lukisan...Subhanallah..teruk.

7.Sukar memahami arah dalam bentuk tulisan dan secara oral.Arahan perlu diulang berkali2 sebab anak2 ni mudah lupa...tak boleh juga beri arahan yg 'complex'...one at a time..if not they will get confused.

8.Masalah mengenalpasti arah kiri dan kanan termasuk mengangkat tangan kiri kanan(biasalah bebudak yg baru join tadika tak reti nak angkat tangan yg mana satu..especially kat umah tak ajar langsung...kalau 'bermasalah'..lamaaaaa baru kenal tangan kiri kanan...itupun setelah banyak kali practise dgn lagu,role play dan macm2lah)

9.Masalah memahami dan mengingati apa yg diperkatakan kpd mereka

10.Sukar memahami dan mengingati apa yang baru sahaja mereka baca.

NOTA:Translation dari english articles kat internet dgn contoh2 yg berlaku kat tadika saya.
Kalau nak tau detail type je DYSLEXIA...Mcm2 info ada...Inilah kecanggihan internet..
Seperti kata Datuk Seri Dr.Rais Yatim baru2 ni jalur lebar ni sebagai elemen yg mencerahkan tamadun bagi yang cerdik mengaplikasikannya.

No comments:

Post a Comment