Monday, October 11, 2010

MACAM-MACAM ADAAA…..















Huh! Dah lamanya tak berblogging.Macam2 berlaku dan macam2 nak cerita…nak start yang mana satu eh!Bulan puasa aktiviti macam biasa…kita buat topi jalur gemilang,kita lukis dan colour bendera Malaysia,teacher j explain warna dan jalur2 kat bendera dlm bahasa yg paling sempoi…yg penting bila quiz bebudak tu tau apa itu hari merdeka….mereka tau nak jawab..mereka tau nak nyanyi…hafal word by word..kalau kita ikhlas mengajar..budak2 cepat dapat..sebab kita akan sekreatif yang boleh memudahkan cara nak ajar dan menyenangkan anak2 nak belajar.

Oh! Ya! Kitaorang sempat gak buat kad hari raya…ye lah dalam zaman siber ni kita mana main kad2 ni.Tapi teacher j percaya macamana canggih sekali technology sekarang ni,cara zaman kita dulu masih ada relevannya….masih mengundang nostalgia…Mana thrill dapat ucapan dr sms ke atau saat menunggu posmen menghantar kad raya dari sidia?

This year we made hari raya card from the dates’ seeds…dari biji kurma le..Mula2 cerita kat bebudak khasiat kurma.Selain kurma ,kismis daging dan susu kambing menjadi makanan kegemaran nabi Muhammads s.a.w…sebab itulah nabi kita bijak dan pandai.Memang kita kena galakkan sesangat anak2 ni mengamalkan makanan sunnah ni…kurma bukan saja perlu dimakan dalam bulan ramadhan tapi sepanjang masa.Teacher j ni tak berkesempatan pergi tadika masa kecil dulu..tak da sesiapa pun gitau khasiat kurma ni…jadi dah tua2 ni susah jugak nak telan…susu kambing dan kismis…orait je..

Selalunya bila raya,kitaorang celebrate kat tadika je…tapi tahun ni they all demand nak raya umah teacher j jugak….oklah..pada pagi Jumaat yang indah itu anak2 tadikaku dengan pakaian raya masing2 beraya di rumah…mula2 behave la….bila dah kenyang…mereka jadila the real budak2…ada yang hanya sembang2,ada yang masih makan lagi,ada yg mundar mandir je..curious…ada gak yg over excited berlari sana –sini,terseradung kaki kawan..dua2 jatuh..dua2 nangis..macam-macam adaa….tapi teacher j pasti bebudak tu sangat happy….

No comments:

Post a Comment