Tuesday, May 18, 2010

BELAJARLAH MENGHARGAI...IA PERLU DIDIDIK...

Semalam hari guru...16 mei 2010..jatuh pada hari Ahad.Asyiknya menonton program Nasi Lemak Kopi O masa Aziz Desa dok interview guru BM & Maths kepada Yang Berhormat Dato' Seri Mohd. Najib dizaman persekolahan beliau.Katanya, masa di sekolah PM memang seorang yang berwibawa, segak, bersih, tampan, bijak, pandai( semua subjek skor A )Agak pendiam....ye la... orangnya tak suka buat bising, tak merapu tak tentu pasal, dan tak buat benda2 yg cikgu tak suka.No wonderlah beliau jadi pemimpin negara sekarang ni.Bagaimana agaknya cara didikan ibubapanya.....PM ke-2 dan ibunya Pn. Rahah?

Hari ini Isnin 17 Mei 2010.Selalunya, meja penuh dgn kad2 ucapan untuk guru.Tahun ni?...Mereka tlh lupa...Tahun2 sebelumnya sempena Hari Guru cikgu akan mengingatkan anak muridnya untuk buat kad dan hanya kad(bukan beli) untuk gurunya dgn niat untuk mendidik bebudak ni agar tahu menghargai jasa guru.Dengan hasrat biarlah besar nanti akan tahu menghargai jasa sesiapa yg tlh menolong mereka ; Ibu, Bapa, Guru, Kawan2 dsbnya.Bukanlah harapan untuk mendapat imbuhan tapi hanya secebis penghargaan


"TERIMA KASIH CIKGU
SELAMAT HARI GURU"

Terimakasih itu tiada erti jika diberi tanpa rela hati.
Terimakasih itu penuh erti jika diekspresi sepenuh hati.
Sesingkat itu perkataannya, semudah itu sebutannya,
tetapi kenapa ramai yg tidak memberi tetapi hanya menanti.

Kita suka dipuji, mengharap dihargai tapi mengucapkannya seperti tak sudi.
Ya...Kita tidak dididik begitu.Salahkan saja nenek moyangku...

Ahh!! Usah lagi dipersalahkan sesiapa.Marilah kita bersama mendidik anak2 ini agar tahu menghargai.Ucapkan terimakasih itu sempena Hari Guru dan dimana-mana perlu.Mudah! Tapi ramai yg tak tahu......

NOTA "kepada yg ikhlas mengucapkan 'itu'...ini bukan untuk kamu.Terimakasih.

No comments:

Post a Comment