Thursday, May 13, 2010

ASPIRASI TICERJ.....ASPIRASI KITA SEMUA....

· Menyedari hakikat bahawa pembangunan modal insan haruslah bermula di peringkat asas iaitu prasekolah (3-6 tahun), saya mahu berkongsi pengalaman, pengetahuan dan menyemarakkan ilmutadika .

· Menyahut seruan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak institusi tadika swasta bukan saja di kawasan bandar bahkan di luar bandar.

· Berkongsi maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan berhubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran prasekolah bagi faedah bersama.

· Menggalakkan penglibatan ibubapa yang bersungguh-sungguh dari peringkat asas pembelajaran anak-anak.

· Menyedari dan memahami apa-apa perubahan yang berlaku di bidang prasekolah dan pelan tindakan yang diperlukan bagi menangani perubahan tersebut.

· Menyemarakkan budaya membaca dan menambahkan ilmu di kalangan masyarakat.

· Menggalakkan para graduan untuk menceburi bidang ini yang bukan sahaja sebagai sumber ekonomi bahkan manafaatnya dapat ilmutadika untuk mendidik anak-anak sendiri.

· Sebagai ibadah menyemarakkan ilmu fardhu kifayah sesama ummah.

· Pendidikan yang sempurna amat penting bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup.

1 comment:

  1. assalamualaikum....
    saya ur new frenz....
    saya pelajar dr upsi..
    jurusan pendidikan awal kanak-kanak...

    ReplyDelete